Pejam celik pejam celik kita dah dipertengahan tahun 2015. Cepatnya masa berlalu kan? Lagi 2 bulan dah setahun aku di bumi anbiya' ni. Anak2 pon dah makin membesar. 24/7 dengan diaorang je. Syukur sangat dapat membesarkan mereka sekali lagi di depan mata tanpa tinggalkan diaorang di pengasuh walaupon umi mereka baik sangat! Selalu ingat kat diaorang.
In shaa Allah Ogos nanti zia akan mula bersekolah disini. Haihhh mama rasa makin tua. Anak sulung dah start nak sekolah mama pulak rasa nak meleleh lebih. Dia pon excited sangat setiap kali melawat kawasan sekolah. Okay mama no more bangun lewat lepas ni. Hahaha! mak dia amik kesempatan betul hari2 bangun lewat. Maklumlah dah cuti panjang kan. ahaks!
Apa2 pon xlama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. Sekali lagi aku berpuasa di perantauan. Rasanye bukan sekali, dh masuk 5 kali kot since posting di Wellington aritu. 4 Tahun sambut ramadhan dan syawal di perantauan. Mula2 ni rasa kekoklah kan. In shaa Allah berpuasa di bumi Anbiya' ni aku rasa lebih baik kalau compare masa di Welly dulu. Serba serbi susah. Tapi alhamdulillah aku dan suami dapat harunginye sepanjang posting disana. Minta2 kali ni pon sama.
Ok guys, apa2 pon selamat berpuasa. Semoga puasa kali ni kita sama2 mendapat keberkatan dariNya, in shaa Allah. till then ;)