Syukur Alhamdulillah usia niyya dah 6 bulan. Selama itu dia diberi sepenuhnya susu badan walaupon EPM. Takpelah sekurang-kurangnya niat aku nak bagi fully bf selama 6 bulan pertama tercapai. Memang aku dah pasang niat ni selepas zia. Masa dalam pantang boleh dikatakan aku seakan give up disebabkan masalah nipple yang tak baik2. Niyya pulak kuat menyusu dan nak bergayut saje hehe.
Sekarang dah memasuki fasa makan. Nampaknya niyya ni berat sikit nak makan puree macam kakak dia. Dah try creamy banana dan custard strawberry banana. Memula tu ok tapi dah lama-lama menangis-nangis pulak taknak makan. Memilih budak ni. Lebih suka susu mama je. Takpe mama nak usahakan moi mcm kakak dulu jugak. Semoga berjaya hendaknya.