Thursday, December 12, 2013

Rutin lama

Latest Niyya

9 Disember bermulalah rutin lama. Kali ni kerja banyak sikit, pam susu, kemas bag pam, bag adik dan kakak dah kemas malam sebelumnya. Siap2, ambil susu kat chiller yg telah dibekukan sebelum ni dan bawa adik ke rumah bs. Kakak pulak terpaksa papanye hantar kes tamo bangun awal pagi. Sanggup ke aku nak dukung dua2 haishhh! bilalah kamu nak berubah kakak. Buatnya papa outstation penat la mama!

4 hari bekerja terasalah penat sikit. Sampai semalam aku tertido masa berhenti di traffic light huhu. Nasib cepat tersedar sebelum orang belakang tekan hon. Kebiasaanya lepas ambil kakak dan adik. Sesampainya dirumah adik akan merengek nakkan perhatian mama sampai jam 9 malam. Mungkin dia nak bagitau betapa rindunya dia kat mama. Sian adik! nasiblah di rumah bs adik sangat2 behave. Ragam nak susu, tido, berak itu saje.

Lepas dia rasa dah puas merengek dia akan minum susu sekenyang2nya then tidur sampai esok pagi. Alhamdulillah! kiranya tidur terganggu bukan disebabkan anak kecik tapi nak bangun pam susu untuk stock dia jelah. Takpelah asalkan adik cukup minum susu mama ye sayang.

Stok susu adik 2 minggu sebelum masuk keje

Perubahan si kakak pulak, permulaannya dia terasa dipinggirkan. Biaselah untuk budak umur 3 tahun dh puas bermanja. Tetiba muncul pulak seorang lagi yang perlukan perhatian kami laki bini. Boleh dikatakan sekarang ni dah boleh diharaplah untuk tengokkan adik sekiranya aku terpaksa turun untuk buat sesuatu seperti basuh botol etc. Terpaksalah kan. No choice! kena terkejar2 untuk selesaikan sesuatu sebelum adik merengek!

Begitulah rutin harianku. Sentuh bab breastfeeding. Yes! adik fully bf sekarang ni. Doakan adik fully bf sampai 6 bulan pertama dan jika ada rezeki sehingga 2 tahun. Moga adik sihat seperti kakak walaupon kakak dulu hanya sebulan je bf. Masa tu xcukup tabah dan kurang ilmu pengetahuan bab bf ni. Ok till then guys.