Wednesday, May 22, 2013

FPP

22 weeks

Apa tu FPP? hehe..  Act. aku dah decide nak deliver 2nd baby kat Full Paying Patient (FPP) di Hospital Putrajaya.  Masa kandungan dh masuk 18 weeks aku dah register sana takut lambat2 nanti tak diterima pulak.  Booking dengan doktor Hamidah.  Dengarnya ramai patient suka dengan doktor ni.  Doktor pakarlah katakan.  1st appointment with her dah buat ultrasound.  Menunggu nak jumpa doc tu makan masa 3 jam.  Haishhh! sabo jelah.  Masa tu husband gatal tanya dah nampak gender ke? rupanya adik zia ni memang bagi kerjasama macam si kakak.  Awal2 dah nampak.  Hehe! bagusla anak mama senang mama nak prepare apa2kan =)

Dalam masa yang sama aku tetap checkup di Klinik Kesihatan Dengkil area rumah.  Kata doktor Hamidah tak perlu checkup kerap dengan dia memandangkan perkembangan baby takde masalah so aku kena checkup di KK sementara tunggu appointment dengan dia.  Tak kisahla tu buat dua tempat.  Paling kelakar isnin lepas checkup kat KK berat aku naik sangat mendadak.  4 kg dalam sebulan! *lap peloh! nasib baikla HB, blood pressure, urine bacaannya normal.  Hrmm kena control pemakanan nampaknya walaupon masih lagi mengalami loya2.  Cerita kat husband dia jawab.  Takkan sayang nak diet, sian baby.  Hahahaaha! mana taknya masa zia dulu memang aku tak pernah control makan.  Kat sana pada dorang lagi berat lagi bagus.  Baby sihat!  Memandangkan masa zia dulu tak pernah amik cucuk tetanus (kancing gigi) maka kali ni kena amik 2 kali.  Sekali cucuk dah masa appointment isnin lepas.  Lagi sekali next appointment on 17th jun pulak.

nota kaki : nama baby dah pilih!