Alhamdulillah.. bulan ramadhan datang lagi. kali ini terasa amat indah dan bermakna cos dapat berpuasa di tanah air untuk pertama kali sebagai seorang isteri dan ibu. sebelum ni.. 3 tahun berturut-turut berpuasa di rantau orang dimana selepas sebulan berkahwin terus fly ke new zealand. untuk hari pertama ini.. aku begitu excited bangun seawal jam 4.30 pagi. menyediakan juadah bersahur untuk suami tercinta. lepas dari itu terus iron baju dan bersiap-siap hantar anak ke rumah pengasuh dan terus masuk keja. 7.30 pagi dah terpacak di office. hehe. cuma yang menggusarkan aku pada hari pertama berpuasa ini. pengasuh zia buat hal lagi. suka-suka dah tak bagi aku beli barang online untuk hantar ke rumah nya dengan alasan malas nak mop lantai sebab orang pos laju suka hantar parcel sampai depan pintu. berprotokol betul hidup. alasan yang itu aku bolehlah terima pakai lagi. adakah patut dia menyuruh aku amik zia lepas balik keja. aku dah plan lepas balik aku nak pergi ke pasar ramadhan dulu untuk membeli juadah berbuka puasa. then baru aku pick up zia. haihhh! runsing gak kalo macam ini.. tengah memikir utk tukar pengasuh zia. orangnya dah ada. tapi phone no pulak terhilang akibat tukar hp dengan en suami. kena cari masa pergi rumah dia la pulak.
futnot : awal2 puasa udah mengumpul dosa. lif rumah pengasuh rosak. pengasuh pulak buat perangai. turunkan bayaran baru taw! *hot* zia pulak menangis sekuat2nya pagi tadi. kesian sangat!! runtuh jiwa mendengarnya.