Monday, May 30, 2011

Hal Babysitter.

hari ni aku dah hantar zia ke babysitter asalnya kat presint 9, putarajaya.
cos babysitternya dah kembali dari bercuti selama 2 minggu. anaknya kawen.

sebenarnya aku dalam dilema. semasa 2 minggu babysitternya cuti.
aku dah hantar zia ke babysitter sementara kat kota warisan. area rumah aku.
dan aku rasakan disitu zia lagi selamat. rumahnya tingkat bawah.
dan babysitter yang ini tidak kisah nak ambil zia waktu bila.
penah sekali aku amik zia dalam pukul 7.30ptg.
takdela pulak dia nak remind kat aku banyak kali suruh amik awal.

cuma kadang2 bila aku hantar zia pepagi. dia nanges!
tapi bila aku pergi je macam tu. aku dah tak dengar tangisannya.
aku jadi keliru. bila balik dari kerja. ok je dia. main2 dengan ummi.

aku tak rasa umminya mengapa-apakan dia.
mungkin jugak persekitaran rumah ummi dia yang ini tak sebesar
di putrajaya.
maklumlah rumah flat biasa tak setanding dengan kuarters.
at first aku decide esok adalah hari terakhir zia
bersama babtysitternya di putrajaya.

melihatkan zia ok je pagi tadi.
tak menangis. siap lambai2 aku. aku macam kena fikir balik
keputusan aku yang itu.
tak dinafikan kedua2 babysitter adalah orang yang baik2.
cuma aku tak suka dengan babysitternya sekarang,
dia suka gesa aku amik zia cepat. paling lambat 6.15petang
dan lagi satu rumahnya di tingkat 10.
rasa sangat susah nak naik lift
membawa zia dan barang2nya
haishhhhhh....

think zaza! think...