Wednesday, November 10, 2010

No tittle


Minggu ni terasa betul2 dalam kerinduan. luar saje nampak gagah tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu. huk! perkembangan zia terkini... DAH TAK MAHU DI LETAK! haishhh jauh berbeza semasa dia di new zealand. mmg sengaja aku tak mahu ajar di dukung. even mak aku sekali pon tak mahu ajar tapi dia tetap berdegil, merengek mahu di dukung. aku pulak yang susah hati sekarang.

Last week aku balik, elok je dia nak di letak. sebelum tu pon mak aku mengadu dia merengek bila di letak. adakah dia sedang mencari kelibat aku? hrmmm... cume yang buat hati ku lega bila kakak aku balik dari tempat kerja, zia seolah2 gembira. firasat aku mengatakan zia perasan kakak aku adalah mama nye. muka kami lebih kurang cume kakak aku kurus dan tinggi.

Entahla... serba salah aku dibuatnye. aku seronok bekerja tapi bila memikirkan hal zia aku jadi kusut. nak berhenti? tak mungkin. melainkan kalau aku keje private. masa depan bukan kita yang menentukan. sapa tahu? kalaulah ade pilihan lain?????