malam tadi sy kembali memberi zia susu terus dari nipple sy (with nipple shield)..so far dia mcm ok!dia rengek sikit je terus sy kasi..lepas tu dia sambung tido balik..jadi tak payah la sy bersusah payah nak pam..tapi tula pulak..susu dah banyak..habis mitten dia basah..huhu!tengahari tadi sy kasi lagi terus dari nipple (sebelah kanan) dia hisap agak banyak..bila sy kasi je sebelah kiri dia dah rengek..sebab payah..mungkin nipple sebelah kiri sy pendek dari sebelah kanan..so terpaksa go thru with nipple shield..
hopefully things getting better after this..tak sanggup dah sy nak menjawab persoalan dari makcik2..sy sebagai ibu sudah tentulah bersedih zia tamo hisap terus dari nipple sy..tolonglah faham..ibu mane yang tak mahu breastfeed anak kalau takde masalah kan..please understand us!but today sy cuba..pelahan2..mungkin amik mase yang lama...dari dok mengomel2 baik doakan sy boleh breastfeed seperti ibu2 lain..
kepada yang sudah beri nasihat tetapi sy seakan "melawan" maafkan sy..dalam pantang ni emosi sy agak terganggu..jangan tekankan sy lagi..alhamdulillah dalam pada sy tertekan dulu cinta hati banyak memberi nasihat dan dorongan..dia paham keadaan sy..bukan sy tak mahu cuba..biarlah masa yang menentukan..dan harini sy agak gembira..percubaan pertama sy semakin menjadi..syukur!
.jpg)